SELAMAT DATANG

KE PORTAL RT SEKSYEN 2, BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR.


Sunday, April 11, 2010

Gotong Royong Di Tabika Perpaduan.

Pada hari Sabtu 10hb.April 2010 telah berlangsung satu majlis gotong-royong bagi membersihkan kawasan Tabika Perpaduan Sek.2, Bandar Puncak Alam. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 petang. Agak ramai juga yang datang membantu terutamanya guru-guru dan ibubapa kepada murid-murid yang belajar di Tabika tersebut. Tidak ketinggalan juga ahli-ahli Rukun Tetangga telah sudi meluangkan masa datang untuk membantu. Terima kasih diucapkan.

Kelihatan para ibu dan juga guru sedang memilih pasu bunga yang sesuai untuk diletakkan di sekeliling kawasan Tabika.

En. Ali dengan wajah tersenyum sedang membersihkan kipas angin siling.

Sedang membersihkan kawasan halaman Tabika dan juga menyusun pasu-pasu bunga ditempat yang sesuai.

Makan tengahari selepas selesai tugas masing-masing sebelum bersurai

Bersantai sambil menjamah makanan tengahari

Agak keletihan juga nampaknya ahli-ahli rukun tetangga yang turut datang membantu.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang telah sudi hadir untuk sama-sama bergotong royong bagi membersihkan kawasan Tabika Perpaduan. Semuga anak-anak semua dapat belajar dengan lebih selesa lagi pada minggu hadapan. InsyaAllah.
Disediakan oleh : RT Bandar Puncak Alam