SELAMAT DATANG

KE PORTAL RT SEKSYEN 2, BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR.


Sunday, June 13, 2010

Peruntukan RT naik RM500 sebulan mulai Julai !

Bermula bulan depan peruntukan bulanan untuk Rukun Tetangga (RT) di seluruh negara akan dinaikkan daripada RM200 kepada RM500, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira keberkesanan RT dalam membantu meningkatkan perpaduan masyarakat selain menjaga keselamatan penduduk di kawasan masing-masing. "Walaupun kerajaan berusaha mengurangkan bajet untuk perkara lain namun RT dilihat sangat berkesan ke arah perpaduan masyarakat semua kaum melalui aktivitinya.

"Jadi dengan elaun tambahan ini selain daripada elaun pentadbiran sebanyak RM400 sebulan diharapkan setiap kawasan RT dapat memperbanyakkan aktiviti mereka di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata lebih 4,600 RT akan mendapat manfaat daripada kenaikan peruntukan tambahan itu.

Mengulas isu sama, Koh berkata kerajaan mensasarkan pertambahan RT sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini dengan menekankan penyertaan pelbagai kaum. "RT juga digalakkan menubuhkan SRS (Skim Rondaan Sukarela) masing-masing bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan masing-masing," katanya.

RT Bandar Puncak Alam..