SELAMAT DATANG

KE PORTAL RT SEKSYEN 2, BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR.


Wednesday, March 24, 2010

SRS perlu dijenamakan - Hisham

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dijenamakan semula bagi memastikan peranannya untuk mengurangkan kadar jenayah menjadi lebih berkesan.Menterinya, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, satu unit khas perlu ditubuhkan khusus untuk memantapkan SRS dan segala aktiviti yang dijalankannya.

“Bagi memastikan peranan SRS lebih berkesan, saya mencadangkan supaya ia melalui proses penjenamaan semula di mana satu unit khas perlu ditubuhkan untuk memantapkan SRS dan aktivitinya.”Penelitian juga perlu dibuat terhadap Peraturan-Peraturan Penting Rukun Tetangga 1975 bagi membolehkan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) menyertai SRS untuk membuat rondaan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena lawatan kerjanya ke SRS Kawasan Rukun Tetangga (RT) Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul di sini malam tadi.Turut hadir, isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Bagi memastikan SRS diaktifkan semula, Hishammuddin berkata, pegawai daripada Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KDN telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mengenal pasti tindakan yang boleh dilakukan secara bersama.

SRS di bawah RT merupakan satu daripada 52 inisiatif yang telah dikenal pasti untuk penambahbaikan pada makmal NKRA mengurangkan jenayah.”Inisiatif ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam aktiviti sukarela, sekali gus memberi kesempatan kepada mereka untuk terlibat dalam usaha menangani jenayah dan memelihara keselamatan di kawasan perumahan masing-masing,” jelasnya.Setakat ini, kata Hishammuddin, terdapat 4,557 unit RT dan 1,800 SRS di seluruh negara.

Tambahnya, dianggarkan 75,000 orang terlibat menjalankan rondaan melalui program SRS.Dalam lawatan kerja tersebut, Hishammudin dan menteri-menteri yang hadir berpeluang merasai pengalaman menyertai rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan RT Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul.Mereka yang masing-masing dibekalkan sebatang cota dan lampu suluh menjalankan rondaan mulai 11 malam hingga 2 pagi.

Disediakan oleh : RT Sek.2, Bandar Puncak Alam

No comments:

Post a Comment