SELAMAT DATANG

KE PORTAL RT SEKSYEN 2, BANDAR PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR.


Wednesday, March 24, 2010

SRS perlu dijenamakan - Hisham

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dijenamakan semula bagi memastikan peranannya untuk mengurangkan kadar jenayah menjadi lebih berkesan.Menterinya, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, satu unit khas perlu ditubuhkan khusus untuk memantapkan SRS dan segala aktiviti yang dijalankannya.

“Bagi memastikan peranan SRS lebih berkesan, saya mencadangkan supaya ia melalui proses penjenamaan semula di mana satu unit khas perlu ditubuhkan untuk memantapkan SRS dan aktivitinya.”Penelitian juga perlu dibuat terhadap Peraturan-Peraturan Penting Rukun Tetangga 1975 bagi membolehkan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) menyertai SRS untuk membuat rondaan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena lawatan kerjanya ke SRS Kawasan Rukun Tetangga (RT) Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul di sini malam tadi.Turut hadir, isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Bagi memastikan SRS diaktifkan semula, Hishammuddin berkata, pegawai daripada Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KDN telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mengenal pasti tindakan yang boleh dilakukan secara bersama.

SRS di bawah RT merupakan satu daripada 52 inisiatif yang telah dikenal pasti untuk penambahbaikan pada makmal NKRA mengurangkan jenayah.”Inisiatif ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam aktiviti sukarela, sekali gus memberi kesempatan kepada mereka untuk terlibat dalam usaha menangani jenayah dan memelihara keselamatan di kawasan perumahan masing-masing,” jelasnya.Setakat ini, kata Hishammuddin, terdapat 4,557 unit RT dan 1,800 SRS di seluruh negara.

Tambahnya, dianggarkan 75,000 orang terlibat menjalankan rondaan melalui program SRS.Dalam lawatan kerja tersebut, Hishammudin dan menteri-menteri yang hadir berpeluang merasai pengalaman menyertai rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan RT Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul.Mereka yang masing-masing dibekalkan sebatang cota dan lampu suluh menjalankan rondaan mulai 11 malam hingga 2 pagi.

Disediakan oleh : RT Sek.2, Bandar Puncak Alam

Program Skim Rondaan Sukarela Bantu Polis Kurangkan Jenayah - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Program Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah kendalian Rukun Tetangga berperanan membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Katanya SRS dapat membantu polis menyalur maklumat dengan memberi maklumat sosiokomuniti setempat seperti jumlah penduduk, masalah sosial dan perkembangan jenayah yang berlaku dari semasa ke semasa.

”Saya mencadangkan SRS supaya melakukan proses penjenamaan semula agar satu unit khas ditubuhkan khusus untuk memantapkan operasi SRS di mana Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Simpanan Polis dapat melakukan rondaan secara bersama dengan anggota program SRS pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini malam semalam.

Beliau melawat Pusat SRS di kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul.Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Hishammuddin berkata sebagai usaha untuk memastikan program SRS aktif semula, pegawai dari Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional pada masa yang terdekat bagi mencari kaedah ke arah itu.

Kini terdapat 4,557 unit Rukun Tetangga dan 1,860 program SRS di seluruh negara dengan kira-kira 75,000 orang menyertai rondaan secara sukarela di bawah program tersebut, katanya. - BERNAMA

Disediakan oleh : RT Sek.2, Bandar Puncak Alam

Mesyuarat AJK RT Bersama Pegawai Perpaduan Daerah.

Satu mesyuarat AJK RT Bandar Puncak Alam telah diadakan pada hari Isnin 8hb Mac 2010 bersama dengan Pegawai Perpaduan Daerah, Puan Rohaida Abdul Kadir . Mesyuarat ini bermula pada pukul 8:30 malam sehinggalah berlanjutan ke pukul 11:00 malam. Turut hadir sama adalah pegawai-pegawai lain dari Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Selangor.

Puan Rohaida mempengerusikan mesyuarat AJK RT Bandar Puncak Alam

Antara AJK RT Puncak Alam yang hadir dan juga pegawai-pegawai dari Pejabat Perpaduan Daerah

AJK sedang serius membincangkan isu yang berbangkit

Pengerusi mesyuarat , Puan Rohaida tekun mencatitkan hal-hal yang berbangkit semasa mesyuarat sedang berjalan

Selepas tamat mesyuarat, Puan Rohaida bersama-sama pegawai dan petugas RT sempat bergambar di salah satu Pos Kawalan RT ( Pos 7 ). Semua bersurai pada pukul 11.30 malam dan para petugas terus membuat persiapan untuk bertugas pada malam itu bermula dari pukul 2:00 ~5:30 pagi.
Selamat bertugas kepada semua petugas-petugas yang mengawal pada malam itu.
Terima kasih.
Disediakan oleh : RT Sek.2, Bandar Puncak Alam

Tabika Perpaduan RT Sek.2 Bdr Puncak Alam : Colouring Contest Dan Sambutan HariJadi 2009

















RT Sek.2, Bandar Puncak Alam

Percutian Ahli-Ahli RT Bersama Keluarga

Percutian ahli-ahli RT Bandar Puncak Alam ini sudah menjadi acara tetap tahunan. Ia bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara ahli-ahli RT Bandar Puncak Alam bersama-sama keluarga mereka. Pada kebiasaannya ahli-ahli RT bersama keluarga akan " berkonvoi " beramai-ramai iaitu diantara 20 hingga ke 30 buah kereta dan menginap di tempat percutian selama 3 hari 2 malam.

Kelihatan ahli-ahli RT meriah bersama keluarga bergambar di hadapan hotel

Dinner bersama keluarga di luar Caravan

Kaum ibu & wanita bergambar dihadapan hotel

Bersarapan pagi diluar Caravan

Kanak-kanak bergambar bersama di hadapan hotel


Makan tengahari bersama keluarga di luar Caravan

Pengerusi RT mengambil kesempatan bersama anak untuk "bersnorkeling".


Disediakan oleh : RT Sek.2, Bandar Puncak Alam

Tuesday, March 23, 2010

Minggu Sukan Wanita Anjuran RT Sek.2, Bandar Puncak Alam 2008





















Disediakan oleh : RT Sek.2 Bdr Puncak Alam

Upacara Penyerahan Sijil RT & Pembukaan Perpustakaan Puncak Alam

Pada 27/8/2008 jam 9:15pm ketika hujan sederhana lebat, suatu upacara penyerahan sijil perlantikan rukun tetangga dan pembukaan perpustakaan puncak alam telah diadakan di dataran prima, fasa satu. Upacara tersebut yang dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Rohaida Abdul Kadir turut dihadiri oleh pengerusi2 persatuan induk dan kecil.






Penyerahan sijil2 untuk PPKD2 (pos4, pos7 dan pos11) telah disempurnakan oleh pengerusi Rukun Tetangga (Saudara Mohd Asri Dato' Abdul Hamid) dan Pn. Rohaida sendiri. Secara rasminya, diserahkan kepada wakil pos4 (Saudara Ali) dan pos 7 (Saudara Ismail B. Dali)




Perpustakaan puncak alam telah dibuka dengan secara rasminya dimana semua penduduk yang hadir dimajlis ini telah bersama sama mendaftarkan diri sebagai ahli. Justeru, penduduk PPKD2 amat diharapkan agar dapat memanfaatkan fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu dan tempat mengisi masa lapang.





Sekian. Terima kasih.
Sumber : http://ppkd2.blogspot.com/
Disediakan oleh : RT Sek.2 Bandar Puncak Alam