Satu mesyuarat AJK RT Bandar Puncak Alam telah diadakan pada hari Isnin 8hb Mac 2010 bersama dengan Pegawai Perpaduan Daerah, Puan Rohaida Abdul Kadir . Mesyuarat ini bermula pada pukul 8:30 malam sehinggalah berlanjutan ke pukul 11:00 malam. Turut hadir sama adalah pegawai-pegawai lain dari Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Selangor.
Puan Rohaida mempengerusikan mesyuarat AJK RT Bandar Puncak Alam
Antara AJK RT Puncak Alam yang hadir dan juga pegawai-pegawai dari Pejabat Perpaduan Daerah
AJK sedang serius membincangkan isu yang berbangkit
Pengerusi mesyuarat , Puan Rohaida tekun mencatitkan hal-hal yang berbangkit semasa mesyuarat sedang berjalan
AJK sedang serius membincangkan isu yang berbangkit
Pengerusi mesyuarat , Puan Rohaida tekun mencatitkan hal-hal yang berbangkit semasa mesyuarat sedang berjalan
Selepas tamat mesyuarat, Puan Rohaida bersama-sama pegawai dan petugas RT sempat bergambar di salah satu Pos Kawalan RT ( Pos 7 ). Semua bersurai pada pukul 11.30 malam dan para petugas terus membuat persiapan untuk bertugas pada malam itu bermula dari pukul 2:00 ~5:30 pagi.
Selamat bertugas kepada semua petugas-petugas yang mengawal pada malam itu.
Terima kasih.
Disediakan oleh : RT Sek.2, Bandar Puncak Alam
No comments:
Post a Comment