Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga manakala rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa sekarang.
Dengan adanya Skim Rondaan Sukarela ini, sebahagian besarnya telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.
TABIKA PERPADUAN SEK2. BANDAR PUNCAK ALAM
Latar Belakang Tabika Perpaduan
Program Tabika Perpaduan diperkenalkan pada tahun 1976. Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun.
Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi.
Disamping itu, tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.
KOMEN DARI KETUA POLIS PETALING JAYA
PETUGAS DI POS KAWALAN 7
PETUGAS SRS BERSIAP SEDIA DENGAN PERALATAN SEBELUM MULA BERTUGAS
ANTARA PERALATAN YANG DIGUNAKAN OLEH PETUGAS SRS
KETUA POS SEDANG MEMERIKSA PARA PETUGAS SRS
MAJLIS PERHIMPUNAN GERAK MESRA
TAKLIMAT BERSAMA KETUA POLIS KUALA SELANGOR
PERCUTIAN AHLI-AHLI RT SEK.2 BANDAR PUNCAK ALAM BERSAMA KELUARGA
No comments:
Post a Comment